5.1.1 Kebaikan Internet
1
Perkongsian Maklumat
Pelbagai
maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa
dikenakan sebarang bayaran dan had masa.
Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga
dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian
untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan sama ada digunakan untuk
pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di internet, terdapat
banyak enjin carian dan google.com, search.com dan yahoo.com adalah beberapa
contoh enjin carian yang lazim digunakan.
2
Alat Komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang amat
mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan
lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks,
penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video
yang membolehkan kita berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat
wajah masing-masing hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini juga amat berguna kepada
syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi antara setiap cawangan seluruh
dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video
Conferencing atau Tele-conference.
3
Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos
seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos
panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan
menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang
caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP)
ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan
biasa. Penjimatan kos pengangkutan
ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di
seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan
menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara ke serata
tempat untuk bermesyuarat.
4
Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan
cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai
laman web sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini
dan memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5
Promosi
Internet
dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet bukan sahaja murah malah lebih
berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. Terdapat syarikat yang
menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan murah untuk mengiklankan
produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
6
Hiburan
Terdapat
pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton secara dalam talian
dengan hanya melayari pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut
seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat
juga permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian bersama-sama
dengan gamers dari serata dunia.
Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan
berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7
Pendidikan Secara Dalam Talian
Pada masa
kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak
jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu menghadiri
kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar
hanya mengaktifkan video conference
untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam
talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut
secara berulangkali. Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi
secara dalam talian.
8
Perkhidmatan
Pada masa
kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan
agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan
pengguna. Contohnya, Maybank2u
menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun
Maybank boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj
yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh
menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.
9
Sosial
Laman
sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook,
Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui
laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan
kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemaskini
aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment